BULAN MEI
|
MEMO PEJABAT ( TERKINI )
|
BULAN MAC
|
1. PENCAPAIAN OLAHRAGA MSSD MANJUNG TAHUN 2014
|
3. MAJLIS TILAWAH AL-QURAN - JOHAN TILAWAH AL-QURAN (P) - JOHAN SYARAHAN AGAMA (L & P) - JOHAN TAHFIZ AL-QURAN (L) - NAIB JOHAN TILAWAH AL-QURAN (L) JOHAN KESELURUHAN |
KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK AMBROSE
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Laman Web SMK Ambrose Ayer Tawar, Perak dapat disempurnakan pada awal tahun 2014. Semoga laman web sekolah ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak serta menjadi satu titik tolak ke arah mengautomasikan sistem pentadbiran dan pendidikan di sekolah. Ini adalah satu usaha yang harus kita teruskan bagi menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang celik komputer dan menjadikan komputer sebagai saluran utama komunikasi dewasa ini. Kewujudan laman web sekolah ini membolehkan murid-murid dan guru meneroka dan menjelajahi dunia teknologi maklumat yang begitu dinamik dan mencabar. Kepada semua warga SMK Ambrose, tuan-tuan adalah pelengkap pentadbiran saya. Oleh itu, saya berharap kita dapat bekerja sebagai sebuah pasukan kerana kejayaan tidak dapat diraih oleh seorang individu tetapi perlu dibuat secara kolektif. Kata pepatah 'bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat'. Semoga kerjasama, jalinan dan jaringan dengan ibu bapa, masyarakat dan organisasi luar kita berupaya mencipta pelbagai inovasi dalam bidang pendidikan di sekolah kita. Akhir kata, marilah kita bergerak sederap, langkah seiring menuju misi dan visi SMK Ambrose. Bukan mudah menggapai impian dan bukan pula sukar memetik bintang kejayaan selagi guru-guru berpegang kepada prinsip 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. Semoga laman web ini menjadi sumber maklumat kepada komuniti luar. Sekian, terima kasih Pn Hjh Fauzia Binti Mokhtar Pengetua SMK Ambrose Ayer Tawar, Perak |
|